Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan Taman Mutiara, Sungai Kob, 09700 Karangan, Kulim, Kedah Darulaman khususnya Fasa 4A. Kedatangan anda semua amatlah dihargai dan diharapkan dapat bersama-sama menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan.

Semoga komen atau kritikan anda akan menambahkan lagi cabaran bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Terima Kasih.

Sunday, June 19, 2011

Gotong Royong Gelanggang Sepak Takraw 4a

Alhamdulillah,

Syukur kehadrat Allah taala dengan limpah kurnia nikmat kehidupan ini, kesihatan yag tak terhingga, keamanan jiwa, kemurahan hati dan keintiman persahabatan.

Keheningan pagi yang sunyi, tatkala mata sedap membuta, matahari mencurah cahaya.... sekumpulan sahabat takraw yang tak kering gusi, tanpa penat berbicara, dengan hati yang ceria... berganding bahu bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing... bersama-sama gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran gelanggang takraw 4A.

Terima kasih kepada semua yang terlibat samada rakan bicara, memerhati, penggalas mesin, menyapu sampah dan tak lupa kepada rakan yang menaja minuman, alatan menyapu dan mesin rumput.













1 comment: