Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan Taman Mutiara, Sungai Kob, 09700 Karangan, Kulim, Kedah Darulaman khususnya Fasa 4A. Kedatangan anda semua amatlah dihargai dan diharapkan dapat bersama-sama menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan.

Semoga komen atau kritikan anda akan menambahkan lagi cabaran bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Terima Kasih.

Wednesday, May 18, 2011

Kemalangan Jalan Mahang Kulim

Dikesibukan pagi yang indah, tatkala semua penghuni dunia keluar mencari nafkah, ada jua yang menceriakan suasana pagi dan tak kurang juga menyakitkan hati. Kemalangan kecil yg melibatkan 2 buah kereta ini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 2KM iaitu dari Tempat kejadian (Jirat Kristian Kilang Baru) sehingga melepasi Taman Sepilai.

Namun syukur Alhamdulillah kerana tiada nyawa yang melayang, hanya perlanggaran kecil. Yang seronoknya semua pemandu dan penunggang di Malaysia cukup perihatin dengan kejadian seumpama ini hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana ini menontonnya.




Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru Kali-40

Selamat Hari Guru Buat Guru Sekolah Ku
Selamat Hari Guru Buat Guru AgamaKu
Selamat Hari Guru Buat Guru SilatKu
Selamat Hari Guru Buat Guru KerjaKu
Selamat Hari Guru Buat Guru KehidupanKu


Namun,
Selamat Hari Guru Kali-40 ini kutujukan Khas Buat yang senantiasa mengajar ilmu, mendampingi saat dunguKu, menegur keterlanjuran amalKu, membetulkan kesalahan ilmuKu, mengeratkan ikatan ilmuKu, menghapuskan kebodohan ilmuKu, malah senantiasa membimbingKu kearah Jalan yang Lurus........ IBUBAPA..ku


Selamat Hari Guru "Tranformasi Negara"

Sunday, May 15, 2011

Taman Mutiara di awal pagi hari minggu