Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog ini diwujudkan bagi mempromosikan Taman Mutiara, Sungai Kob, 09700 Karangan, Kulim, Kedah Darulaman khususnya Fasa 4A. Kedatangan anda semua amatlah dihargai dan diharapkan dapat bersama-sama menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan.

Semoga komen atau kritikan anda akan menambahkan lagi cabaran bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Terima Kasih.

Sunday, June 26, 2011

Kenduri Sepakraga Tuju Anjuran Taman Mutiara



video

Sunday, June 19, 2011

Gotong Royong Gelanggang Sepak Takraw 4a

Alhamdulillah,

Syukur kehadrat Allah taala dengan limpah kurnia nikmat kehidupan ini, kesihatan yag tak terhingga, keamanan jiwa, kemurahan hati dan keintiman persahabatan.

Keheningan pagi yang sunyi, tatkala mata sedap membuta, matahari mencurah cahaya.... sekumpulan sahabat takraw yang tak kering gusi, tanpa penat berbicara, dengan hati yang ceria... berganding bahu bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing... bersama-sama gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran gelanggang takraw 4A.

Terima kasih kepada semua yang terlibat samada rakan bicara, memerhati, penggalas mesin, menyapu sampah dan tak lupa kepada rakan yang menaja minuman, alatan menyapu dan mesin rumput.













Monday, June 13, 2011

Padang Bola Taman Mutiara 4a

Pembaca,

Setelah 54 tahun Malaysia melalui kancah kemerdekaan yang teramat indah ini, masih lagi tinggal saki baki kehidupan yang cukup sentimental. Sekumpulan remaja membetulkan tiang gol tahap kronik dizaman kanak-kanak ku yang telah berlalu 30 tahun lalu.


Siapakah yang patut aku persalahkan? PBT? Pemaju, ahli politik? Ibubapa? Penduduk? Orang Kaya? Orang Miskin?

Yang pasti surat dan wawancara telah diajukan kepada beberapa pihak yang sepatutnya.... namun inilah hasilnya selepas setahun berlalu.....








Sunday, May 29, 2011

Jalan-jalan Makan Kenduri

 Alhamdulillah,
Syukur kepada yg maha Esa kerana dengan izin-Nya dapat jua bertemu kembali saudara yg telah lama terpisah.
Lokasi Kg Batu 7 Lunas, Kedah.


Wednesday, May 18, 2011

Kemalangan Jalan Mahang Kulim

Dikesibukan pagi yang indah, tatkala semua penghuni dunia keluar mencari nafkah, ada jua yang menceriakan suasana pagi dan tak kurang juga menyakitkan hati. Kemalangan kecil yg melibatkan 2 buah kereta ini menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 2KM iaitu dari Tempat kejadian (Jirat Kristian Kilang Baru) sehingga melepasi Taman Sepilai.

Namun syukur Alhamdulillah kerana tiada nyawa yang melayang, hanya perlanggaran kecil. Yang seronoknya semua pemandu dan penunggang di Malaysia cukup perihatin dengan kejadian seumpama ini hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana ini menontonnya.




Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru Kali-40

Selamat Hari Guru Buat Guru Sekolah Ku
Selamat Hari Guru Buat Guru AgamaKu
Selamat Hari Guru Buat Guru SilatKu
Selamat Hari Guru Buat Guru KerjaKu
Selamat Hari Guru Buat Guru KehidupanKu


Namun,
Selamat Hari Guru Kali-40 ini kutujukan Khas Buat yang senantiasa mengajar ilmu, mendampingi saat dunguKu, menegur keterlanjuran amalKu, membetulkan kesalahan ilmuKu, mengeratkan ikatan ilmuKu, menghapuskan kebodohan ilmuKu, malah senantiasa membimbingKu kearah Jalan yang Lurus........ IBUBAPA..ku


Selamat Hari Guru "Tranformasi Negara"

Sunday, May 8, 2011

Aktiviti Membakar Lemang dan Makan tengahari Taman Mutiara 4a 080511

0836Hrs Semua Barangan Siap sedia

Besiang Daging dan Ikan

Semua Sibuk memasukkan beras ke dalam buluh


Mesti cuba

Proses daging lagi senang

Gatai tangan

Bila nak masak ni???

Relax dulu laaa...


Tambah Santan

Hmmmm Kasi lemak berkrim


Fuyyyooo hangatttt

Isap rokok... semmmpooiii

En Ishak... dengan ikan gorengnya

En Idris test power

Sempoiiii punya jelatah... En Rahim


Bila buleh makan ni????

Sudahhh masaaakkkk!!!!!


Nondia berdengkoiii



Fuhhhh sedap

Bacaa Doa Selamat oleh En Ishak

Tekong Lemang tersenyum.. berjayaaaaa (dalam hati)

Tiba masa bak balun nasik

Sempoi punya resepi

Jurukamera Tahap Tinggi


Wowwww Gulai Mamak

Tambah lagi

Siap lapik daun pisang lagi